Image Banner

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG GURU SESI 2027 DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KELOLAAN NUSA SRI AL-AMIN EDUCATION GROUP

HEBAHAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG GURU KONTRAK SESI 2027

Assalamualaikum w.b.t.

NUSA Sri Al-Amin Education Group mempelawa individu yang berkelayakan, berdedikasi, berkomitmen serta mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan untuk menyertai pasukan kami sebagai Guru Kontrak bagi Sesi Persekolahan 2027.

📍 LOKASI PENEMPATAN

  1. Sekolah Rendah Sri Al-Amin Cyberjaya

  2. Sekolah Rendah Sri Al-Amin Kajang

  3. Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria

📚 KEKOSONGAN BIDANG PENGAJARAN

  1. Bahasa Melayu

  2. Bahasa Inggeris

  3. Bahasa Arab

  4. Syariah

  5. Matematik / Sains

📝 MAKLUMAT & PERMOHONAN

Calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kekosongan jawatan, syarat kelayakan, gaji serta faedah yang ditawarkan dan mengemukakan permohonan melalui pautan berikut:

🔗 https://tinyurl.com/jawatankosongguruNUSA2027

 

📅 TARIKH PENTING

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Oktober 2026 (Sabtu)

Sesi Temuduga: November 2026

 

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk menghadiri sesi temuduga.

Kami mengalu-alukan penyertaan individu yang bersemangat untuk bersama-sama menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan dan pembangunan sahsiah generasi masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

NUSA SRI AL-AMIN EDUCATION GROUP

LAGI

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID SRIAAKJ DAN SRIAABS 2027

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN KAJANG (SRIAAKj) DAN SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN BANDAR SUNSURIA (SRIAABS) SESI PERSEKOLAHAN 2027

 

Permohonan kemasukan dibuka dari 4 September 2026 (Jumaat) sehingga 31 Oktober 2026 (Sabtu).

 

Cara-Cara Permohonan Kemasukan (Ibu bapa wajib mengikuti ketiga-tiga langkah)

(Manual Panduan : Panduan Permohonan Kemasukan Murid SRIAAKj dan SRIAABS 2027)

 

LANGKAH 1 : MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PEMPROSESAN PERMOHONAN

Bayaran Yuran Pemprosesan Permohonan sebanyak RM35.00 boleh dibuat secara atas talian (online) di :

 Link Pembayaran : Yuran Pemprosesan Permohonan 2027 SRIAAKj dan SRIAABS

 

LANGKAH 2 : ISI BORANG PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN & MUATNAIK (UPLOAD) DOKUMEN SOKONGAN

A. Dokumen-dokumen berikut WAJIB disertakan sekali di dalam borang permohonan secara atas talian :

 

Permohonan Tahun 1-3 bagi SRIAAKj dan Tahun 1-2 bagi SRIAABS

 

1. Salinan Kad Pengenalan (MyKid) murid

2. Salinan Sijil Kelahiran Murid

3. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Ibu

4. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Bapa

5. Salinan Sijil Pengesahan Murid / Berhenti Tadika atau Sekolah

6. Salinan Jadual Rekod Imunisasi Kanak-Kanak

7. Rekod Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) / Peperiksaan Yang Terkini (bagi permohonan Tahun 2-3 sahaja)

8. Rekod Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) Yang Terkini (bagi permohonan Tahun 2-3 sahaja)

9. Resit Pembayaran Yuran Pemprosesan Permohonan RM 35
 

B. Link Syarat Kemasukan Murid : Syarat Kemasukan Murid Sekolah NUSA

C. Link Permohonan : Permohonan Kemasukan Murid SRIAKj dan SRIAABS

 

LANGKAH 3 : SERTAI TELEGRAM 

Link Channel Telegram ibu bapa atau penjaga murid Permohonan Kemasukan Murid:

1. SRIAAKj : PERMOHONAN KEMASUKAN MURID SRIAAKj 2027

2. SRIAABS : PERMOHONAN KEMASUKAN MURID SRIAABS 2027

 

Dah siap? Nantikan pengumuman kami yang seterusnya di Channel Telegram sekolah masing-masing sama ada Sekolah Rendah Sri Al-Amin Kajang atau Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria!

 

*Pihak sekolah akan menghubungi tuan/puan untuk sesi Ujian Kemasukan dan Sesi Temuduga (jika ada) selepas permohonan ditutup. 


Tempat adalah terhad. Jom daftar segera!

LAGI

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Sistem pengurusan sekolah dalam proses konfigurasi akhir sebelum dapat digunakan. 
Setelah konfigurasi sistem selesai, kami akan buka permohonan kemasukan murid bagi Sekolah Sri Al-Amin Kajang dan Sekolah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria.
Sistem yang sama digunakan di Sekolah Sri Al-Amin Cyberjaya.
Terima kasih atas kesabaran ibu bapa semua

Link Sekolah Klik Disini

LAGI

IMBAU KENANGAN GENERASI PERTAMA

Imbau kenangan generasi pertama Sekolah Sri Al-Amin Cyberjaya pada tahun 2020. Alhamdulillah, pada tahun 2026 ini mereka sudah di tingkatan 2. Semoga terus berkembang semakin baik insyaAllah.
Kami nantikan pula generasi pertama untuk Sekolah Sri Al-Amin Kajang dan Sekolah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria pada tahun 2027 nanti.
Terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberikan kepercayaan kepada kami.
Membina Muslim Profesional

LAGI

LOGO RASMI NUSA SRI AL-AMIN EDUCATION GROUP (NUSA)

Perkenalkan logo rasmi NUSA, syarikat induk yang akan menaungi dan menguruskan 3 sekolah iaitu Sekolah Sri Al-Amin Cyberjaya (2020), Sekolah Sri Al-Amin Kajang (2027) dan Sekolah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria (2027).
Logo NUSA membawa aspirasi untuk Membangun Muslim Profesional, melahirkan generasi yang beriman, berilmu, berakhlak, kompeten dan amanah.
🔵 Biru – profesionalisme, keyakinan & kestabilan
🟡 Kuning – kecemerlangan, harapan & cahaya ilmu
🟢 Hijau – pertumbuhan, tarbiah & nilai Islam
📖 Buku terbuka – ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat
⭐ Bintang – identiti serta panduan nilai Islam
⭕ Bulatan – kesatuan, kesinambungan dan pembangunan menyeluruh
NUSA bukan sekadar membina kecemerlangan akademik, tetapi berusaha membentuk insan yang mempunyai iman, ilmu, akhlak dan profesionalisme.
NUSA Sri Al-Amin Education Group
✨ Membangun Muslim Profesional

LAGI

ILUTRASI BANGUNAN SEKOLAH SRI AL-AMIN

Kami telah kongsikan ilutrasi bangunan Sekolah Sri Al-Amin Kajang dan Sekolah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria yang dihasilkan oleh AI daripada gambar asal.
Ada ibu bapa Sekolah Sri Al-Amin Cyberjaya yang bertanya bagaimana dengan cawangan di Cyberjaya?
Kami kongsikan dahulu ilutrasi cawangan Cyberjaya yang dihasilkan oleh AI.
Untuk makluman bagi cawangan Cyberjaya, permohonan Kebenaran Merancang (KM) yang baharu telah diluluskan. Permohonan pembaharuan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah diluluskan sehingga tahun 2028.
Projek seterusnya ialah permohonan pemasangan signboard dan cadangan untuk mengecat bangunan sekolah.
Mohon doa dan nantikan.

LAGI

SATU MISI, DUA LOKASI BAHARU

🎉 RASMI! SATU MISI, DUA LOKASI BAHARU! 🎉
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa dua buah sekolah baharu kini disahkan penubuhannya secara rasmi di bawah pengurusan yang sama seperti Sekolah Rendah Sri Al-Amin Cyberjaya.
🏫 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Kajang
🏫 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria
Ini merupakan satu lagi langkah besar dalam usaha memperluaskan pendidikan Islam berkualiti yang menitikberatkan pembentukan iman, ilmu dan akhlak, demi melahirkan generasi Muslim profesional yang mampu memimpin ummah pada masa hadapan.
✨ Mengapa memilih Sekolah Rendah Sri Al-Amin?
🕌 Penjagaan solat berjemaah sebagai budaya harian.
🤲 Penekanan kepada pembentukan akhlak dan sahsiah berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
📖 Kurikulum akademik yang berkualiti dan seimbang.
👨‍🏫 Murabbi yang membimbing dengan kasih sayang dan tarbiah.
🌱 Persekitaran sekolah yang kondusif untuk membina insan rabbani dan cemerlang.
Kami percaya bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar memperoleh keputusan akademik yang cemerlang, tetapi membina anak-anak yang beriman, beradab, berilmu dan berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.
📢 KEMASUKAN MURID SESI 2027
🗓️ Permohonan kemasukan akan dibuka pada pertengahan atau selewatnya pada penghujung bulan Ogos 2026.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Sri Al-Amin.
📍 Kini di 3 lokasi:
✅ Sekolah Rendah Sri Al-Amin Cyberjaya
🆕 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Kajang
🆕 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria
📌 Ikuti halaman Facebook kami untuk mendapatkan pengumuman rasmi tarikh pembukaan permohonan, syarat kemasukan dan maklumat lanjut.
Bersama membangunkan Muslim profesional, membina Generasi Rabbani

LAGI

Image News
Image News

Image Banner